Ketakutan kedua Umno/bn selaku bekas kerajaan Kedah adalah kewujudan ladang rakyat, yg diuruskan oleh agensi kerajaan negeri dan dividen nya sampai terus kepada rakyat miskin di sekitar Kedah.
Ladang rakyat disediakan menggunakan hasil premium balak yg meningkat. Dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri, dan warga Kedah yg agak dhaif dan ketinggalan dinamakan sebagai peserta yg diberikan dividen tahunan, sebagai insentif utk memberikan lonjakan utk mereka menikmati hasil ketelusan pentadbiran kerajaan pakatan rakyat.
Dividen langsung kpd rakyat ini boleh juga dikategorikan sebagai dividen anti RASUAH.
Ini disebabkan ianya berkaitan langsung dgn hasil balak, yg meningkat dari zaman kerajaan bn sebanyak rm8 juta setahun, kpd rm80 juta setahun zaman kerajaan pakatan rakyat. Dgn hasil yg meningkat akibat ketelusan dan pertanggung jawaban, maka rezeki tambahan ini dijadikan modal utk usahakan ladang rakyat, yg hasilnya diagihkan kepada rakyat, inilah konsep Merakyatkan Ekonomi.
Sebab itu, tidak hairanlah kenapa media kawalan bn cuba mengganggu perjalanan pelaksanaan ladang rakyat dgn memperburukkan suasana, dgn memberikan imej seolah-olah usaha murni ini, lebih mudarat kpd alam sekitar. Walhal usaha yg sedang dijalankan adalah pelaksanaan dlm skala kecil dan terkawal. Pelbagai agensi yg boleh dipaksa melalui pengaruh kerajaan pusat telah digunakan utk mencalarkan imej Kedah sejahtera.
Sebenarnya Umno/bn malu dgn kemampuan kerajaan pakatan rakyat, mampu menyediakan ladang rakyat dlm pemerintahan baru 4 tahun, sedangkan realitinya ditekan Dan dinafikan hak dari pelbagai sudut oleh kerajaan pusat.
Berkat usaha dan kesungguhan pentadbiran kerajaan pakatan rakyat, serta doa restu rakyat, InsyaAllah program ladang rakyat ini akan terus maju, walau diganggu dgn pelbagai cara oleh kedengkian Umno/bn.
No comments:
Post a Comment