Kedah Sejahtera, di bawah naungan Pakatan Rakyat. Dengan konsep meRakyatkan ekonomi.
Antara kejayaan yg paling dicemburui oleh Umno/bn adalah kejayaan mendirikan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di kuala ketil, Dan pembangunan Ladang Sejatera.
Kolej Univ Insaniah Dari keadaan hidup segan mati tak mahu, ditingkatkan kpd pusat pengajian yg menawarkan kepelbagaian kursus kpd masyarakat Malaysia Dan antarabangsa, sehingga ke bidang kejuruteraan & Perubatan. "beyond imagination 5 years ago". Begitu juga dgn usaha membangunkan kampus tetap di atas tanah seluas 800 ekar, di kuala ketil (20 minit dari Sg Petani). Kini, pembinaan telah mencapai hampir 80%, dan persiapan sedang dibuat utk perpindahan masuk pada akhir tahun ini. Tentunya situasi ini menjadikan pihak umno/bn pening kepala kerana hampir setiap warga Kedah telah menyaksikan dgn penuh kesyukuran penyiapan kampus tetap Insaniah ini, sebagai simbol kemegahan & kebanggaan warga Kedah kpd pendidikan.
Atas sifat irihati inilah, kekadang Umno/bn bertungkus lumus perah akal cari jalan utk mencalarkan nama baik Insaniah. Asal ada sikit hal yg tidak sempurna akan dibesarkan dan dijadikan isu politik hasutan dengki Umno/bn. Kita tidak menolak dari mungkin berlaku kekurangan, namun kemajuan & perkembangan positif yg lebih besar, harus dinilai secara objektif, disamping semua pihak yg perihatin harus bersedia menghulurkan tangan bersama meringankan usaha memartabatkan pendidikan melalui Insaniah. Jika bukan kerana mencari publisiti murahan dan menutup rasa malu kerana kecuaian semasa Umno memerintah, ianya tidak menjadi isu yg menarik perhatian media.
InsyaAllah, selepas perpindahan kampus tetap akhir tahun ini, semua pihak akan dapat melihat REALITI & kenyataan sebuah kampus tetap kebanggaan, kerana ianya dibangunkan dgn nilai keinsanan hasil inisiatif kerajaan negeri & doa restu dari Rakyat. Nilai kos yg terlibat mencerminkan ketelusan pemerintahan Rakyat.
Ada pihak tanya macam mana nak bayar hutang sekitar rm30 juta setahun? Jawaban cara mudah ya lagu ni, semasa ambil alih kerajaan 2008, kita menanggung hutang rm25 juta setahun, dan hutang tersebut telah dilangsaikan mengikut perjanjian di antara 2008 hingga 2012.
No comments:
Post a Comment