Wednesday, 29 August 2012

ISLAM, Hudud, dan KEADILAN

Perbincangan isu hudud semakin menarik dan terbuka. Beberapa pihak yang terlibat secara langsung, mahu pun tidak langsung cuba mengambil bahagian. Sebahagian menganggap ini isu yg terpencil ataupun isu yang terhad. Namun umum berpandangan bahawa isu hudud baru pertama kali diperbincangkan, dan diberi perhatian oleh masyarakat.

Cara perbincangan yang sedang berlaku, hanya sekadar memberikan satu kejutan kepada umum, tetapi tidak sampai kepada hakikat pengetahuan serta kefahaman yang perlu diteliti oleh masyarakat.

Beberapa pihak lebih berpengalaman dan berkemahiran dalam menterjemah pendekatan yang perlu diterima-pakai oleh umum harus tampil dan memberikan pencerahan.


Tuan Guru Nik Aziz perlu diberikan peluang seluasnya untuk memberikan pendangan dari kacamata ilmu, pengalaman, dan waqi' semasa. Apatah lagi beliau pernah membentangkan enakmen terlibat hampir 20 tahun lalu. Tentunya beliau punya versi terkini dan terbaik untuk dibentang dan diberikan perhatian oleh semua.

Golongan yang jelas lagi terang menyatakan pendirian dan sikap menolak bukan sahaja hudud, tetapi turut menghina beberapa hal lagi berkenaan keadilan Islam sebagai tidak releven dengan semasa, memang tidak seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk mengeruhkan suasana.

Kesimpulan yang dijangkakan adalah penjelasan kepada semua pihak.

No comments:

Post a Comment