Wednesday, 21 November 2012

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

pandangan teman fb yang wajar diberi perhatian
6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :



1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

 
 
pandangan diatas dipetik dari informasi teman FB,
oleh itu,
pandangan dari Pakar dan Ahli Pengalaman dialukan demi meningkatkan informasi kita bersama...TQ

Permulaan Operasi LYNAS, bersedialah..

Lebih 100 kontena yang disyaki mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.
 
Menurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.
 
Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi. Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi.
 
Episod kemasukan ini, bererti bermulanya sebuah pengembangan radioaktif di Malaysia secara terancang dan dipaksakan kepada warga Malaysia.

Tuesday, 20 November 2012

Bajet Kedah Sejahtera 2013

Quran (Ibrahim : 34)
"Dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yg kamu berhajat kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yg ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat tuhannya."

Bajet Kedah Sejahtera 2013 (KS'13) meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan kebaikan Rakyat, sehingga rakyat boleh menilai kesungguhan komitmen Pakatan Rakyat.

Iklim pelaburan di Kedah terus kondusif dengan kemasukan pelaburan Jan-Jul 2012 berjumlah RM300j. Dengan pelaburan asing berjumlah RM180j. Ianya bakal membuka peluang pekerjaan kepada 1,500 tenaga kerja. KDNK diunjurkan berkembang pada 5%.

Bajet KS'13 berjumlah RM1.1b, dengan RM657j perbelanjaan mengurus, RM369j perbelanjaan pembangunan, dan RM57.5j untuk bekalan air.

Peruntukan Pembangunan :
Infra struktur          RM 225.24j  (61.17%)
Pentadbiran             RM   43j       (11.65%)
Sosial                        RM  73j        (19.78%)
Pertanian                 RM  25.24j   ( 6.84%)
Pelancongan            RM  1.26j     ( 0.34%)
Pembangunan Sukan RM 0.8j    ( 0.22%)

Kutipan Hasil Negeri :
Anggaran     2013   RM 640j
Berbanding  2012   RM 550j
Pertambahan melalui hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baru, serta jualan air mentah kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang.

Strategi Bajet KS'13 :
 
Pertama : Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi

<1> Menjadi Hub Pengeluaran Makanan
       Kedah Agro: Nanas 200 Ekar menghasilkan 263 ribu biji nanas
                             Betik  600 Ekar menghasilkan 630 ribu KG
                             Kelapa Pandan  700 Ekar
                             Pisang Berangan (tisu kultur) 100 Ekar
       KLPK:           Estet Buah-buahan 1,000 Ekar di Genting Bunga

<2> Projek Sawah Gemilang
        2012 : 203 HA mempunyai 196 peserta.
        2013 : RM 8.5j

<3> Ternakan Ayam Daging
        2013 : RM 4.7j kepada Jabatan Veterinar untuk pembangunan industri ternakan
        2012 : Pelaburan swasta bernilai RM 50j (47 HA) di Kuala Ketil
                   Bakal mengeluarkan 100,000 ekor anajk ayam sehari.

<4> Aquakultur
        Zon industri Aquakultur di Langkawi, ternakan ikan dalam sangkar

<5> Memajukan Industri Pelancongan
        2013 : RM 7.3j kepada Jabatan Hutan pengurusan hutan, tarikan pelancongan
                   Taman Negeri di Ulu Muda, 30 ribu HA, bakal digazetkan bagi tujuan
                   pemuliharaan, pelancongan, pendidikan dan penyelidikan flora & fauna.

Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

<1> Projek Tebatan Banjir : RM 3.0j
            Sg Air Mendidih SP, Sg Iboi Baling, dan Sg Alor Merah AS.
        Pengindahan Sg Anak Bukit dan sungai di sekitar Alor Setar RM 1.7j

<2> 2013 : RM2.0j, Membaiki Rumah keluarga miskin e-sinar
                                 Skim Latihan, Bantuan peralatan untuk perniagaan kecil.
        2013 : RM4.0j, Skim Kafalah

<3> Peruntukan RM2.0j bayaran rawatan kepada pesara kerajaan

<4> Pembangunan Ilmu dan Keusahawanan
        2012 : 17 program melibatkan 3,000 kaum wanita

<5> Naiktaraf Rumah Awam Kos rendah

<6> Meniktaraf Jalan Raya Negeri
 
Ketiga : Meningkatkan Modal Insan

<1> Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil

<2> Maktab Mahmud

<3> Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba

<4> RM 1.8j pengurusan kelas taska dan tadika melalui Jabatan Agama
        RM 1.0j sekolah persendirian, SRJKC dan SRJKT
        RM 4.0j Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah
        RM 2.5j Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

Keempat : Memperkasa Tadbir Urus Kerajaan Negeri

Monday, 19 November 2012

Muktamar PAS ke 58 : Suasana Menuju Putrajaya


Dato Seri Presiden PAS menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud adalah dikalangan orang Islam, dan tidak akan memaksa. Bertegas bahawa ianya hanya akan dilaksanakan melalui proses demokrasi. "Hak bukan Islam diizinkan untuk agama mereka.... contohnya arak, jika itu diizinkan agama mereka... walaupun Islam mengharamkan...itu hak agama mereka. Seperti di Kelantan dibenarkan jual arak untuk bukan Islam."


Perlaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam." Tegas Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

"Kita telah buat kaji selidik... peratus besar bukan Islam sokong kerana undang-undang sediada gagal tangani jenayah."

Abdul Hadi turut menerangkan, kerjasama UMNO dan MCA adalah menggadaikan prinsip, sehingga menimbulkan kefahaman judi apabila mempunyai lesen sebagai halal, dan tiada lesen haram.

"Kita benarkan orang bukan Islam buka kedai arak, apa yang dibenarkan untuk dia, hanya dia sahaja." Katanya lagi.

Saturday, 17 November 2012

Serangan Ganas Keatas GAZA, pembuka 1434H

Sejak dari hari pertama Maal Hijrah 1434, Israel mengganas dengan menyerang menggunakan senjata pemusnah keatas Gaza. Sehingga hari ke4, dilaporkan serangan Israel telah mengorbankan 47 rakyat Gaza, termasuk 12 kanak-kanak.
 
Israel difahamkan membuat serangan untuk menguji sokongan OBAMA, Presiden USA penggal ke2 yang tidak menyokong Israel secara mutlak seperti ROMNEY. Ada kemungkinan Israel cuba menguji tindakan yang bakal diambil oleh OBAMA.



Israel juga dalam kebimbangan dengan kebangkitan di Negara-negara Arab. Lebih-lebih lagi Mesir yang terus-terang menyatakan sokongan kepada keadilan yang mesti diberikan kepada Palestin sebagai negara merdeka. Hajat Israel adalah untuk mengejutkan dan menakutkan Palestin dari turut bangkit melawan dan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel.

"Operation Pillar Of Defence" yang dilancarkan meletakkan sasaran untuk mematikan usaha militari Palestin kononnya untuk menghapuskan senjata merbahaya. Namun, umum mengetahui bahawa pilihanraya di Israel akan berlaku dalam tempoh 2 bulan lagi. Justeru, PM Benjamin Netanyahu dari parti LIKUD memerlukan alasan baru untuk membolehkan beliau dipilih semula sebagai PM. Hampir setiap kali menjelang pilihanraya Israel, PM yang agresif menyerang Palestin biasanya akan dikekalkan.

 
Hamas sebenarnya telah memilih perdamaian sejak menguasai Gaza, demi memberi ruang kepada pembangunan dan pembinaan semula Gaza. Namun, serangan Israel telah diterima sebagai cabaran untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, seterusnya peluang jihad dan syahid yang tunggu-tunggu oleh generasi muda Gaza.

Kita inginkan perdamaian, dan cintakan kesejahteraan. Dunia tidak tidak seharusnya berdiam melihat pertumpahan darah dan pembunuhan kejam yang dilancarkan oleh Israel. Seandainya kuasa besar tidak berani untuk berada ditengah dan menghentikan peperangan Israel-Palestin, paling tidaknya JANGAN SAMPAI MEMBELA ISRAEL.


Dunia sudah terlalu muak dan benci dengan sikap kuasa besar dunia yang sering kali membiar Israel mengganas di Pelastin, kemudian mula campur tangan dengan menyalahkan Palestin. Namun situasi dunia Arab pada ketika ini, berkemungkinan berlaku perubahan dalam usaha menangani konflik Israel-Palestin. Tidak akan semudah itu kuasa besar dunia untuk membela Israel.
 
 
Pejuang Kebenaran Palestin, cintakan perdamaian dan kesejahteraan,
namun sekiranya dizalimi dan dinafikan hak,
mereka lebih cintakan jihad dan syahid.
 

Wednesday, 14 November 2012

PRU13 Mungkin JUN 2013

PRU13 sentiasa menjadi soalan paling popular kepada teman-teman yang dianggap pimpinan politik dari kalangan warga Malaysia (FQA no.1).


Jawapan setiap daripada kita, boleh dikatakan betul semuanya melainkan setelah tibanya tarikh yang dijangkakan. Bagi yang membuat telahan bahawa ianya akan berlaku pada 11-11-12, kini telah meleset. Bagi yang menjangkakan ianya akan berlaku pada 12-12-12, masih boleh diterima pakai, tetapi hampir pasti juga tidak tepat kerana tempoh pembubaran, writ pilihanraya, penamaan calon, tempoh kempen, dan hari mengundi tidak memungkinkan ianya berlaku.

Apakah ianya akan diadakan pada akhirrrrr 2012 ? masih berkemungkinan, tetapi sangat tipissss kerana suasana percutian akhir tahun yang menjadikan pemilih tarikh tersebut bukan sahaja tidak diminati, malah dibenci oleh kebanyakan.

Bagaimana dengan Januari 2013 ? permulaan baru, dan kesegaran minda berfikir ? agak mustahil kerana Januari adalah bulan yang kebanyakan keluarga mengeluarkan paling banyak perbelanjaan, malah Januari merupakan bulan yang paling sedikit simpanan. Jika ingin mengambil kesempatan Januari, pemerintah perlu menggembirakan keluarga Malaysia dengan pengumuman turun harga petrol ! turun TOL ! hapus segala bayaran pendaftaran persekolahan ! malah mungkin perlu bagi beg dan kasut sekolah (selain beberapa buah basikal kepada pelajar sekolah rendah). Tidak mustahil Najib mengambil pendekatan ini, jika itu merupakan faktor utama dan mampu buat rakyat berubah fikir kepada kebajikan BN. Namun ianya sangat tipisss untuk berlaku.


Bagaimana dengan Februari 2013 ? kesan Januari masih terasa. Namun faktor paling besar adalah sambutan Tahun Baru Cina. BN tak akan mengambil risiko kehilangan terus sokongan sebahagian kecil pengundi cina, dengan membubarkan parlimen ketika masyarakat tionghwa sedang meraikan hari besar mereka. Kehadiran tahun baru cina sangat dinantikan masyarakat tionghwa, malah merupakan tempoh yang dilupakan urusan perniagaan dan perdagangan.

MAC 2013 ? itulah tarikh yang menjadi telahan ramai. Kebanyakan akan memilih MAC 2013 sebagai tarikh keramat PRU13. Ini disebabkan MAC 2013 adakah tarikh terakhir yang memberikan peluang kepada Najib selaku PM Malaysia untuk membubarkan Parlimen menggunakan kuasa PM. Paling tidaknya, pembubaran pada MAC 2013 menunjukkan Najib mempunyai sedikit keberanian untuk buat keputusan, walaupun ianya berada sisa yang paling kecil. Malah pemilihan MAC 2013 akan menjadikan Najib sebagai PM yang paling takut dalam sejarah untuk membubarkan Parlimen. Namun, harus diingat, beberapa negeri, khususnya yang diurus-tadbir oleh Pakatan Rakyat masih punya masa sekitar 3 bulan sebelum ianya terbubar dengan sendiri. Justeru, jika Najib menginginkan PRU13 diadakan serentak untuk Parlimen dan semua negeri (kecuali Sarawak) secara paksa, maka beliau harus tunggu semua DUN terbubar menjelang akhir Mei 2013.

Sebab itu, beberapa pemikir yang sempat diadakan perbincangan bebas, menjangkakan PRU13 hanya akan diadakan pada
JUN 2013 !

Salam MAAl HIJRAH 1434 H

Kedatangan tahun baru Hijrah 1434 membawa seribu pengertian, yang memberikan harapan kepada kita untuk mencorakkan perubahan yang lebih bermakna di masa hadapan.
 
Hijrah memberi peluang dan ruang kepada SEMUA untuk perubahan, kepada yang lebih baik. Tinggalkan yang HARAM, tinggalkan yang TIDAK bermanfaat, tinggalkan yang KURANG bermanfaat.
 
Hijrah kearah KEBAIKAN, hijrah kearah KEBENARAN, dan hijrah kearah KEADILAN.
 
Kemusnahan yg dijangkakan seperti LYNAS, AES, dan sebagainya kita tinggalkan.
 
Kerosakan seperti RASUAH, PENYELEWENGAN, dan sebagainya kita hapuskan.
 
Pemerintah yg ZALIM, MENINDAS, RAKUS, dan sebagainya kita humbankan.
 
 
HIJRAH bersama RAKYAT yang cintakan KEBENARAN & KEADILAN.