Tuesday, 3 September 2013

Kembara ke Tanah Suci Sempena Ramadhan

Bagi saudara-saudari, atau terma yang sering digunakan ketika kursus dan semasa berada di Tanah Suci Mekkah dan Medinah, para haji dan hajjah, namun lebih sesuai DUYUFUR RAHMAN (tetamu Al-Rahman), jika berkesempatan menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan,
sepatutnya memberikan perhatian kepada beberapa informasi yang perlu diketahui lebih awal sebagai persediaan sebelum sampai ke Tanah Suci Haramain :
1. Cuaca, terutama kadar suhu di Jeddah, Medinah, dan Mekah.
2. Waktu solat di Mekah dan Medinah.
3. Budaya berbuka puasa di Mekah dan Medinah.

Ketika mengunjungi Medinah, tentunya dimulakan dengan menziarahi Rasulullah SAW, dengan segala kelebihan yang telah dinyatakan. Begitu juga dengan kesempatan melawat perkuburan Baqi', Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Ladang Kurma dan sebagainya. Namun kesempatan yang pasti tak dilepaskan adalah menunaikan solat dan berdoa di Raudhah (dalam Masjid Nabawi).

Keutamaan diberikan untuk menunaikan solat fardhu di masjid Nabawi, yang dikurniakan ganjaran 1000x lebih dari masjid lain kecuali Masjidil Haram.

Budaya masyarakat Medinah sangat mesra sebagai masyarakat yang berada bersama Rasulullah SAW. Begitu juga ketika IFTAR (berbuka puasa). Persiapan berbuka puasa bermula seawal sebelum solat asar. Setiap penyumbang majlis berbuka puasa menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya untuk mengajak tetamu berbuka bersama mereka. Malah, mereka akan menunggu di pintu masuk masjid untuk menjemput tetamu untuk berbuka bersama mereka.

Waktu magrib disediakan 15 minit untuk berbuka sebelum segalanya dikemaskan dalam masa begitu singkat untuk dilaksanakan solat magrib.

Cuaca panas atau pun sejuk, tidak begitu terkesan ketika di Medinah, kerana jarak antara tempat penginapan dan Masjid Nabawi tidak begitu jauh.

Namun, cuaca sangat panas (sehingga 50'C) atau ketika terlalu sejuk (sehingga 15'C) memberikan kesan ketika perjalanan dari Medinah ke Mekah untuk tunaikan UMRAH.

Cuaca di Mekah benar-benar terasa kepada Tetamu Ar-Rahman, disebabkan tempat penginapan dan Masjidil Haram agak jauh, terutama semasa fasa pembinaan kawasan sekitar Masjidil Haram. Hajat menunaikan solat fardhu di Masjidil Haram setiap waktu memerlukan kesungguhan yang lebih kuat keazaman.

Persediaan berbuka disediakan sewaktu solat asar. Berbuka sekitar 15 minit selepas masuk waktu magrib sebelum solat dilaksanakan. Bagi yang terus iktikaf, demi mendapat tempat sesuai dalam masjid untuk solat Isya' dan tarawikh akan berada di masjid solat isya dilaksanakan. Solat tarawikh dan dan witir selesai sekitar jam 12 tengahmalam bagi musim panas seperti Jun dan Julai.

Berdasarkan jarak tempat penginapan, biasanya jemaah Umrah akan sampai balik ke penginapan sekitar jam 1 pagi, manakala jamuan sahur yang disediakan pada 2 pagi. Selesai bersahur bertolak ke Masjid untuk solat Subuh

No comments:

Post a Comment