Monday, 31 December 2012

Pelbagai Ragam Manusia Menyambut Tahun Baru

Sempena kehadiran tahun baru 2013, pelbagai ragam cara manusia menyambutnya, mengikut adat dan kebiasaan tempat masing-masing.

Siapa yg paling awal menyambut tahun baru ?
Lokasi pertama yang akan menyambut kedatangan 2013 ialah PULAU KIRIBATI, di Lautan Pacifik. Lokasi percutian yang teramat cantik dengan iklim tropika. Mereka menyambut detik 12.01 tengahmalam, 14 jam lebih awal dari London. Sebab itu, Pulau ini menerima pelancong paling ramai ketika akhir tahun untuk menanti detik 12 malam, dan menjadi manusia pertama diatas muka bumi menyambut tahun baru.
 
IRELAND, anak gadis akan meletakkan sejenis daun dibawah bantal pada malam tahun baru untuk memimpikan bakal pasangan hidup masing-masing.
 
MEXICO, terdapat kepercayaan bahawa mereka mengharapkan kepulangan roh orang tercinta untuk mendapat panduan kehidupan seterusnya.
 
CHILE, sambutan tahun baru diadakan di kubur, dengan bunyian yang sesuai serta lampu yang cukup sederhana.
 
BRAZIL, ramai yang berkeyakinan untuk memakaikan seluar dalam yang warna terang dan ceria sehingga melewati tengah malam, untuk mendapat nasib yang baik dan pasangan cinta yang sejati.
 
PUERTO ROCO, mencurahkan air keluar dari tingkap melambangkan mengeluarkan nasib kurang baik dan diganti dengan nasib baik sepanjang malam tahun baru.
 
DENMARK, terdapat kepercayaan bahawa amalan mematahkan tanda nama pada rumah jiran akan mendatangkan kebaikan kepada rumah tersebut. Tanda nama yang paling rosak dan patah dianggap kediaman yang bakal menerima keuntungan di tahun mendatang.
 
Lihatlah bagaimana manusia dan kepercayaan yang pelbagai menyambut tahun baru menjelang 1 Januari setiap tahun.
Bagaimana kita menyambutnya ?

No comments:

Post a Comment