Saturday, 6 October 2012

SPRM Sedang Dihakimi Oleh Rakyat

Tanpa disedari, sebenarnya lambakan skandal yang bertali arus di Malaysia akhir-akhir ini, lebih kepada pemerhatian Rakyat terhadap tindakan dan peranan SPRM, berbanding siasatan SPRM keatas skandal terbabit.
 
SPRM harus sedar, dan bersedia untuk menunjukkan prestasi yang jauh lebih berwibawa sejak ditubuhkan 2009, dalam menangani skandal yang bertali arus di Malaysia. Mungkin dari aspek statistik penyiasatan, kertas dakwaan, pendakwaan di Mahkamah dan sebagainya ingin dibuktikan oleh SPRM sebagai tanda efektif. Namun, Rakyat kebanyakan akan lebih menilai kemampuan SPRM dalam menangani isu & skandal besar yang menjadi perhatian umum.

Kes Kekayaan Luar Biasa CM Taib dan Keluarga. Sebahagian dari bukti kekayaan luar biasa menjadi tanda-tanya apabila bekas isteri kepada anak CM Taib menuntut mutaah sebanyak RM400 juta dari aset bersama @ harta sepencarian. Kekayaan sebenar tentunya sesuatu yang lebih luar biasa, diluar imaginasi umum.

Kes Kenduri Perkahwinan yang luar biasa besarnya, rekod Malaysian Book Of Records, yang dihadiri oleh sekitar 130,000 di bumi Melaka, diikuti dengan jamuan kepada VVIP di Hotel 5 Bintang di ibukota. Dalam keadaan beliau pernah dibatalkan pencalonan sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 2009 kerana terlibat dengan politik wang.

Kes Scorpene yang sedang hangat dibicarakan di Perancis, melibatkan skandal komisyen semasa pembelian, serta terdedah persoalan penjualan data keselamatan pertahanan negara kepada pihak luar. Disamping ianya melibatkan nama PM, Naib Presiden UMNO, dan beberapa kenamaan tempatan. Malah terkait dengan pembunuhan Altantuya.
 
Keberkesanan SPRM menangani skandal besar ini, akan meningkatkan keyakinan Rakyat kepada komitmen dan kesediaan SPRM untuk menjadi agensi penguatkuasa yang berkesan menghapuskan rasuah dari bumi Malaysia. Sebaliknya, jika kes sebesar ini dilihat berlalu begitu sahaja, maka jangan salahkan Rakyat sekiranya hilang kepercayaan kepada keberkesanan SPRM untuk membanteras Rasuah di Tanahair.

Wednesday, 3 October 2012

Jom Hayati Pendedahan Dari Parlimen

Pendedahan Dari Parlimen membongkarkan seribu Rahsia yg menjadi persoalan dikalangan pemerhati politik tanah air.

Mungkin juga, bagi yg baru mengintai politik & demokrasi Malaysia, merasakan Parlimen sebagai tempat suci dan segalanya benar, serta Rahsia negara !

Sedangkan setiap warga Malaysia berhak serta patut diberi kesempatan mengikuti dan menilai urusan perjalanan parlimen Malaysia, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ramai yg menjangkakan amalan politik di Malaysia, khususnya Demokrasi melibatkan Parlimen telah berjalan sewajarnya. Namun, kini Ooi Heng, yg terlibat langsung dengan kajian pra persidangan, mengendalikan isu semasa persidangan, serta merangkum & merumus hasil setiap persidangan, telah mengumpulkan hal-hal berkaitan untuk panduan bersama.

Kepada generasi yg baru terlibat serius dgn politik negara, ianya mampu membuat lonjakan berbanding generasi perintis.

Ganti rugi OKT ISA RM15 ribu sehari

Syabas Hisham, Din, Tian, Badrulamin, dan Saari Sungib.

Keputusan Mahkamah Tinggi KL berkenaan 5 Tahanan ISA 2001, sebagai berniat jahat dan tidak sah harus menjadi pengajaran kepada Regim Pemerintah agar tidak mengulangi kesalahan sama.
Tindakan jahat melalui tahanan tanpa bicara berdasarkan persepsi rekaan semata-mata menindas yang ditahan serta menzalimi keluarga mereka.

Walaupun rm15,000 sehari bukanlah ganti rugi yg sewajarnya sebagai mengganti kezaliman yg dilakukan, namun ianya harus dijadikan pengajaran kpd pemerintah. Mungkin jumlah ini tidak dirasai oleh pemerintah tetapi mereka harus ingat, bayaran ini akan melibatkan kantung negara, dan ianya merupakan kerugian berganda.

Sebab itu, tekanan dan perjuangan GMI untuk menuntut agar ISA dimansuhkan, dan tahanan segera dibebaskan merupakan perjuangan yg benar dan hak.

Selepas ini, entah berapa juta RM lagi harus dikeluarkan dari kantung kerajaan jika tahanan yg masih di KemTa , walau selepas ISA dimansuhkan.

Skandal Scorpene, Sepina Pertama Telah Dikeluarkan

Perkembangan siasatan skandal Scorpene di Mahkamah Perancis semakin menarik untuk diikuti, apabila sepina pertama kepada saksi telah dikemukakan. Rakyat akan dapat melihat episod seterusnya yang akan membuka segala rahsia yang cuba disembunyikan.

Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada saksi-saksi yg dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene daripada sykt pertahanan laut Perancis, DCNS.

NONE"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel.

Jun lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.

-dipetik dari MALAYSIAKINI-

Bajet 2013 Untuk Siapa ? Apa Manfaatnya ?

Bajet'13 Kerajaan Persekutuan telah dibentang pada 28 September 2012. Ianya merupakan Bajet yg paling tidak tertumpu kemana arah pertumbuhan ekonomi negara yg nak dicapai.

Bajet'13 kelihatan manis sekilas pandang, namun penelitian mendalam akan mendapati ianya tiada unsur yg mampu menerajui Malaysia bersaing dengan negara seangkatan yg sedang membangun. Malah keperluan modal insan juga dipinggir melalui pengurangan berterusan kepada peruntukan Kementerian Pelajaran berbanding keperluan kemewahan Jabatan Perdana Menteri.

Bajet'13 BN juga menunjukkan tiada usaha serius untuk menangani defisit tahunan, yang secara langsung meningkatkan jumlah hutang negara yg tidak pernah susut sejak 1998.
PM @ Menteri Kewangan terus memilih untuk berhutang tanpa kerisauan kerana keadaan sangat mendesak untuk meraih sokongan segera dari kelompok utama negara dalam PRU'13. Sebab itu, yg diumumkan dalam Bajet'13 adalah beberapa pembayaran tunai seperti BR1M2.0, Voucher Pelajar, Rebat Telefon, dan beberapa lagi, yg sebenarnya hanya merangkumi sejumlah yg sangat kecil dari peruntukan Bajet'13 sekitar RM251,000,000,000.00.
 
Sedangkan masalah harian berkaitan perbelanjaan yg sangat dinantikan oleh Rakyat tidak ditangani oleh Bajet'13 BN.
Rakyat mahukan kerajaan yg mengambil kira bebanan Rakyat secara langsung dan jangka panjang seperti :
* Turunkan Harga Kereta (Mansuh cukai eksais)
* Rumah Sesuai Dengan Keperluan Rakyat
* Pemansuhan TOL
* Pengurangan harga minyak Petrol dan Diesel
* Peningkatan Kemudahan Perkhidmatan Awam
* Skim Pendidikan Yg Memberi Peluang Kepada Semua, seperti hapus PTPTN
Menangani isu ini bererti keperluan pertumbuhan jangka sederhana akan dapat dicapai, kerana kegiatan ekonomi kelompok utama ini akan merancakkan kegiatan ekonomi secara menyeluruh.
 
Yang dinantikan oleh Rakyat adalah usaha untuk meningkatkan kadar boleh guna pendapatan Rakyat berbanding sekadar naik pada angka tetapi tekanan harga barang keperluan meningkat.
 
 

Monday, 1 October 2012

Pandangan Dr Zakir Naik

Dalam interview ringkas di IKIM.FM pagi 2/10/2012

Dr Zakir Naik, ulama kontemporari, telah memberikan saranan berikut sebagai panduan kepada umat Islam sebagai respon kepada penerbitan berniat jahat oleh pihak yang cuba memburukkan Islam, samada melalui penulisan, karikatur, filem dan sebagainya.

* Menyediakan peguam terbaik dari negara-negara khusus di seluruh dunia, untuk mengambil tindakan undang-undang, sesegera mungkin, untuk memberi pengajaran kepada yang terlibat serta peringatan kepada yang berpotensi untuk melakukan perkara yang hampir serupa.
 
* Mengadakan bantahan diplomatik, iaitu negara-negara khusus menyatakan bantahan kepada diplomat negara yang membenarkan penerbitan.
 
* Menggalakkan umat Islam menghantar email, fax, sms, surat, dan pelbagai saluran komunikasi kepada penerbit dan negara yang membenarkan penerbitan sebagai menyatakan bantahan dan kekesalan kepada sikap keterlaluan mereka.

* Menyediakan kelompok pakar dalam pelbagai bidang penerbitan untuk mengadakan penerbitan setaraf dengan propaganda tersebut sebagai penjelasan kepada masyarakat umum berkenaan kebenaran fakta sebenar.
 
* Mengambil tindakan ekonomi dengan memboikot barangan keluaran negara yang membenarkan penerbitan berunsur jahat tersebut.

* Mengadakan demonstrasi aman besar-besaran, untuk menunjukkan solidariti, dalam keadaan sejahtera, tanpa mengganggu atau merosakkan persekitaran.

InsyaAllah, tindakan yang cukup hikmah ini
akan memperlihatkan keindahan Islam
dan ketertiban umatnya, yang bakal menjawab segala propaganda dan tohmahan
keatas Islam.

Tumpuan Bajet PR ; Tingkat Kuasa Ekonomi Rakyat


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara.

Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56% atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan,                            “Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan."
“Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus.
Ghairah Berbelanja, Tingkat Hutang, Kebajikan Terabai

“Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran,” katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.
“Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau berkata, perancangan ekonomi perlu kepada unjuran yang munasabah, kemudian dinilai sama ada sasaran itu berjaya dicapai atau sebaliknya.
Malangnya, kata Anwar, sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, unjuran bukan sahaja tidak berjaya dicapai, malah tersasar jauh.
Beliau turut mengecam pendekatan ekonomi Umno BN yang lebih mengutamakan golongan maha kaya.
Katanya, pendekatan ekonomi harus adil dengan memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah setiap keluarga.
“Harta tidak seharusnya berlegar kepada orang-orang kaya. Sebab itu, Pakatan Rakyat menekankan perancangan ekonomi perlu beralih daripada mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dari arus pembangunan,” jelas Anwar.
Pakatan unjur garis panduan tingkat ekonomi
Beliau turut menggariskan beberapa pendekatan ekonomi dalam jangka panjang yg menjamin peningkatan pendapatan melalui sasaran seperti berikut:
1. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yg membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi bukan hanya satu dua tauke besar yg membolot sebahagian besar ekonomi.
2. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yg dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran kerana peluang pekerjaan mempunyai pengaruh besar kepada ekomomi.
3. Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlu dibatas kepada usaha mencambahkan bidang baru yg memesatkan kegiatan ekonomi secara strategik, bukan terlibat sama dalam kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil serta pengusaha lain seperti yg berlaku oleh Khazanah Nasional.
Manakala pendidikan dan kemahiran yg khusus untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tangungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan ekonomi.
Dasar khusus yg menjamin paras gaji yang saksama juga perlu digubal demi menjamin kesejahteraan rakyat dan mengambil kira rakyat berpendapatan miskin dan rendah.