Wednesday, 6 February 2013

Teka Teki Tarikh PRU13 bakal Berakhir..

Teka-teki yang bermula sejak sebelum November 2011 bakal berakhir.

Jangkaan ramai meramalkan 11-11-11 adalah tarikh keramat yg kononnya diminati PM Najib/Rosmah, adalah meleset.
 
Jangkaan berikut Feb/Mac 2012 juga tidak menjadi.
 
Malah sangat ramai yg meramalkan dengan penuh kepastian bahawa ianya akan berlaku sebelum berakhir 2012, ternyata jauh dari sasaran.
 
Kini, 2013, PM Najib hanya punya pilihan yg cukup sempit untuk menetapkan tarikh bubar Dewan Rakyat dan DUN Neger-negeri.
 
Parlimen pasti akan terbubar tanpa kuasa PM menjelang akhir APRIL 2013. Malah DUN Negeri Sembilan dan DUN Johor akan terbubar sebulan lebih awal dari Parlimen. Bagaimana ? Apa Pilihan ?
 
Lebih merungsingkan PM Najib adalah DUN N9 dan Johor bakal terbubar dan wajib diadakan pilihanraya sebelum DUN Kedah dan Selangor terbubar. Bagaimana ? Apa Pilihan ?

Mahu tidak mahu, PM Najib mesti berunding dengan MB Kedah, MB Selangor, MB Kelantan, serta CM Penang, untuk mendapat persetujuan tarikh BUBAR BERSAMA, Dewan Rakyat dan DUN-DUN.

Apakah PM Najib sedia untuk berlapang dada untuk duduk semeja dengan MB dan CM Pakatan Rakyat ? Bagaimana ? Apa Pilihan ?
 
Apa pun kesudahannya, yang pasti PRU'13, akan berlaku selepas CNY'13, di tahun 2013.
Tidak mustahil ianya bakal berlaku kurang dari 13 minggu dari sekarang.

Yang ditunggu dah tiba,
PRU13 di depan mata,
Pangkah jgn silap, wahai kawanku semua,
lebih 50 tahun sudah kita menderita.

Umno BN dah rosakkan negara,
Rasuah, penyelewengan meRaja Lela,
Inilah masa kita selamatkan Malaysia,
Undi Pakatan, UBAH Putrajaya.

No comments:

Post a Comment