Hingga saat ini, teka teki mengenai kemungkinan Pembubaran Parlimen akan berlaku pada 22 Feb 2013 masih berlegar di kedai kopi.
Cakap-cakap yg didengari, kononnya dari sumber yg sah, sehingga ada yg mengaku mendapat sumber dari Pejabat Peguam Negara, bahawa segala persiapan sedang dilakukan untuk membubarkan Parlimen pada 22-2-2013 !
Apa istimewanya 22-2-2013 ?
Tiada istimewa melainkan hari jumaat penghulu segala hari.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivOPS1PML0SAAvTF7gNO3ySFnNZIddetwyYn5FayazF3kxamMMHL0vdmu8KV6PMXRM7igzgGOBPC02Zfe3LgWvT-hVJ0Tu4Dn14FbtQbNQa6UHvPkbMOdvGXgxtlQUfDCUjBDbZi25-YnC/s320/penakut.png)
Berani Najib BUBAR pada 22 FEB 2013 ?
Berdasarkan rekod cara kerja beliau, tiada yg akan meletakkan harapan tinggi ianya akan berlaku. Beliau hampir tidak pernah membuat keputusan berani sepanjang karier sebagai pemimpin no.1 Malaysia. Segalanya dibiarkan pergi bersama angin lalu.
Besar kemungkinan, negeri-negeri yg terbubar sebelum Dewan Rakyat akan dibiarkan EXPIRED, dan langkah menyusun PRU13 hanya diadakan selepas April 20.
Itupun dgn nasihat dan perbincangan bersama 3 PM, iaitu Najib, Rosmah, dan Mahathir.
No comments:
Post a Comment