Tuesday, 13 November 2012

Seruan Kepada Kebenaran, Cegah Penyelewengan

3:104

Sahih International


" And let there be [arising] from you a nation inviting to [all that is] good, enjoining what is right and forbidding what is wrong, and those will be the successful."
Malay


" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." Surah Ali Imran : Ayat 104

Perutusan DEEPAVALI dari DS Presiden Keadilan

Happy Deepavali!

On behalf of KEADILAN and Pakatan Rakyat, I would like to wish a Happy Deepavali to all Malaysians who celebrate this festive day, be you Hindu, Sikh or Jain. Deepavali, or in its shorter form Diwali,– the victory of enlightenment over darkness. In the spirit of today’s celebration, I would like to call upon my fellow Malaysians to remember with me those who face their own darkness every day.
As you light dipa lamps with your family, spare a thought to Mrs Indra who still waits for justice for her late son Kugan, a victim of police violence. While you feast on laddoo and barfi, remember mothers such as Mrs Suppama who are denied government welfare, and even turned away from registration with the e-kasih system. As we celebrate today as Malaysians, let us remember the thousands of Malaysians of Indian ethnicity who are not recognised as citizens of this land; among them are 1,758 Malaysians who were raised in government-funded welfare homes, and who are now bereft without citizenship or any form of identification, despite being born and bred in this very country.
Deepavali, in its essence, is a spiritual celebration of light – celebrating the good which exists in every living soul. Diwali represents the victory of this light over every form of darkness – be they born out of ignorance and prejudice, or be they deliberate injustices which involve the community at large. In the spirit of Deepavali, I would like to remind all Malaysians, myself first and foremost, that our journey still lies far ahead, and our struggles are too near for us to ignore, even during a celebration such as today. May the Light shine brighter than ever upon us, and may it be a guide in our constant journey towards the betterment of Malaysia.
Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
President
Parti Keadilan Rakyat

Tuesday, 6 November 2012

Melayu, Muslim, dan Melayu Muslim

Surah Al Baqarah, Ayat 256, Allah SWT berfirman;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan

Ayat ini, memperlihatkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yg memaksa. Seseorang yg tidak beragama Islam, kita tidak boleh paksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yg Allah berikan kepada kita adalah, berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada islam dengan kebijaksanaan yg ada atas nama dakwah islamiyyah.

Sekiranya mereka menerima Islam, maka itu merupakan kejayaan yg gemilang. Adapun jika mereka tidak mahu menerima, maka ia merupakan ujian dari Allah, agar kita meningkatkan lagi usaha & kebijaksanaan dlm menerang & menyampaikan islam.

Perbincangan isu ini, yg pada asasnya merupakan pokok utama dalam Islam telah diputar-belit oleh musuh politik Keadilan, sehingga membawa kepada perbincangan di luar konteks asal.
 
Utusan Malaysia umpamanya, atas kejahilan dalam memahami konsep asas Islam, telah membicara ucapan Nurul Izzah di luar maksud asas ayat ini. Dengan sikap perkauman sempit Utusan, mereka menyamakan kebebasan beragama dengan definasi melayu Malaysia. Sedangkan mereka hanya perlu buka minda lebih sedikit, disamping mohon hidayah dari Allah SWT, akan dapat melihat keindahan Islam yang terbentang luas untuk semua ummat manusia tanpa sempadan bangsa dan keturunan.
 
Malah Islam tidak mengiktiraf keyakinan beragama semata-mata berteraskan keturunan, sebaliknya ianya mestilah bermula dari keyakinan kepada Islam dan menghayati konsep menyuluruh sehingga mampu menjadi rahmatan lil alamin. Keyakinan dan beramal dengan Islam mestilah berdasarkan pilihan.
 
Kita cukup kesal dengan sesetengah pihak yg gagal untuk memahami konsep asas ini, lalu menterjemah Islam mengikut budaya dan tradisi sempit lokaliti sendiri. Sepertimana MAIS yg membawa tafsiran kepada ucapan Nurul Izzah luar dari batasan kebebasan beragama. Malah MAIS juga gagal membezakan erti sebenar antara MELAYU dan MUSLIM, sehingga mengheret Istana Selangor untuk memberi kenyataan seolah-olah Nurul Izzah membenarkan murtad, dari kalangan Melayu Muslim.
 
Walhal, Melayu, Muslim, dan Melayu Muslim, adalah tiga (3) komponen yg berbeza.
 
Islam Itu Indah.  Islam Itu Sempurna.  Islam Itu Fitrah.
 
Ibadat Haji, himpunan tahunan di Mekah, Arafah, Muzdalifah, dan Mina, seharusnya menyedarkan kita bahawa Islam itu menyeluruh, terbuka untuk semua bangsa, dan dianuti oleh pelbagai keturunan yang berbeza bahasa pertuturannya. Malah tiada perbezaan tingkatan ketaqwaan dikalangan Muslim berdasarkan perbezaan bangsa, keturunan, dan bahasa pertuturan.


Berilah peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan mendalami konsep asas Islam, InsyaAllah ianya akan benar-benar membantu untuk menjalani kehidupan sebagai hambaNya yang diberkati.
 
Kenyataan wakil JATI dan MP Pasir Mas tentang Nurul Izzah dan tafsiran ucapan beliau menunjukkan kejahilan dan kegagalan mereka memahami konsep asas Islam.

Mereka mengikuti kupasan Prof Madya Dr Asri tentang konsep kebebasan beragama dan tafsir ayat 256 di atas dalam konsep Islam sejagat.
 
Marilah kita doakan agar mereka ini diberikan hidayah
untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran,
dan melihat kebathilan sebagai kebathilan,
supaya mereka mampu mengelak dari terus menjadi agen fitnah....amin.

Monday, 5 November 2012

AES : ATES Sdn Bhd & Beta Tegap Sdn Bhd

Semakin dibincangkan perlaksanaan AES di Malaysia menunjukkan bahawa tempoh hayat politik Menteri Pengangkutan semakin menghampiri hujungnya.
 

Apa tidaknya, semakin dibongkarkan Nama syarikat yg diberikan kontrak, nama ahli lembaga Pengarah syarikat berkenaan, serta kaedah penswastaan yg dilaksanakan, semakin jelas kepada umum, bahawa AES dilaksanakan di Malaysia bukan bertujuan menangani kes kemalangan di jalanraya, sebaliknya mencari keuntungan dari kaedah menekan rakyat.

Syarikat yang diberikan hak kontrak untuk memasang AES di 831 lokasi :

ATES sdn Bhd, dan
Beta Tegap sdn bhd

> Mereka melabur diantara rm300juta - rm400 masing-masing.

> Akan dibayar RM16 bagi setiap saman yang dikutip dari 5 juta pertama.

> Akan diberi baki keuntungan 7.5% seterusnya.

> Ertinya, untuk mendapat semula pulangan RM700 juta, dalam tempoh 5 tahun,
    mereka mesti mengeluarkan sama sebanyak 2,720,000.

> Dari setiap 5 juta saman, mereka akan memperolehi RM80 juta masing-masing.

Untuk mencecah modal kembali RM700 juta, jumlah saman yang perlu dikeluarkan 13,600,000.

Jika mereka mensasar hanya RM100 juta dari pelaburan yang dikeluarkan, mereka perlu mengeluarkan saman sebanyak 18,200,200.
 
Bayang usaha yang dicurahkan untuk mencapai angka-angka yang disebut. Dimana akan ada nilai keselamatan jalanraya ? Dimana aspek berjiwa rakyat yang dinyatakan ? Yang jelas, sasaran kerja mesti sampai kepada jumlah saman yang dikeluarkan demi mencapai pulangan modal dari pelaburan.
 
Tak sanggup untuk dibayang angka saman yang perlu dicapai, sekiranya faktor peratus kadar bayaran saman diambil-kira.

SAY NO to AES
SAY NO to AES
SAY NO to AES

PEMILIHAN PRESIDEN USA 2012-2016

120 juta pengundi Amerika sedang membuat pilihan, mengundi untuk melantik Presiden US bagi tempoh 4 tahun ke depan.
 
Bancian umum menunjukkan pilihan kali ini begitu sengit, dengan Obama hanya mendahului Romney pada nisbah 48:46.

Sebab itu, kedua-duanya bertungkus lumus cuba memenangi undi atas pagar, untuk mendapat swing secukupnya untuk menang. Obama perlu kemenangan untuk meneruskan agenda bagi tempoh 4 tahun lagi, manakala Romney cuba membuat perubahan pada polisi USA.


Bersama kita nantikan keputusan Pemilihan Presiden Amerika, sementara kita menanti keberanian Najib untuk membubarkan Parlimen Malaysia.

Mereka juga dilaporkan bekerja keras untuk memastikan GOTV tinggi dari kalangan penyokong masing-masing.

Tiada Paksaan Untuk Peluk Islam : N Izzah

Nurul Izzah perikan penjelasan berhubung putar-belit Utusan yg menyalah ertikan pandangan beliau tentang tiada paksaan dalam Islam.

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah utk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012

Saturday, 3 November 2012

HAPPY DEVALI

Kepada Semua RAKAN-RAKAN beragama HINDU,
seluruh Malaysia & seluruh Dunia
Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012
 
Semoga cahaya akan menerangi kegelapan,
Cahaya pastinya akan menyinar dan menenggelamkan kejahatan,
Keadilan akan menyinar untuk semua.
 
Happy DEVALI