Tuesday, 31 July 2012

Kecelakaan Jalanraya & system AES

Walaupun beberapa pandangan teknikal diutarakan, nampak k'jaan Msia di bawah bn tetap mahu meneruskan pelaksanaan sistem AES yg akan menelan belanja ratusan juga ringgit pula.

Khabarnya bermula 12 Ogos, akan dipasang 560 kamera di 'black spot' Dan 265 kamera di lampu isyarat. Sistem ini akan merakamkan pelanggaran undang2 lalulintas Dan keluarkan saman kpd pemilik kenderaan. Kita difahamkan Bahawa bukan shj pemasangan kamera, malah operasi mengeluarkan saman juga diswastakan. Tentunya tujuan murni asalnya tidak menjadi prioriti.

Kerajaan bertegas utk guna AES, kononnya nak turun kadar kemalangan 40% seperti kejayaan di France. Sedangkan situasi kemalangan dan pecahan pengguna jalanraya berbeza antara Msia dan France. Sebab itu kita kata, bila menteri galak sangat nak pasang, kita cabar, jika projek yg bakal cecah billion ringgit ini tidak mampu turunkan kadar kemalangan sekurang2nya 20%, RAKYAT desak menteri letak jawatan utk terima t/jawab.

Kadar kemalangan jelas mampu dikurangkan dgn operasi ops sikap, iaitu kehadiran agensi penguatkuasaan secara fizikal. Sebab itu, ketika musim perayaan, walau kenderaan bergerak 3x ganda, namun jumlah kemalangan jalanraya dan kematian kekal pada jumlah hari2 biasa. Lebih2 lagi 60% dari sekitar 6000 kematian setahun adalah penunggang dan pembonceng motorsikal.

Di kedah, melalui kempen bersepadu agensi spt jkjr, jpj, trafik pdrm, spad, dan sebagainya, yg dikordinasi oleh MKJR (Majlis Keselamatan Jalanraya), telah mampu menurunkan kadar maut melalui kecelakaan jalanraya, mampu dikurangkan sekitar 20 nyawa setahun.

Bersama hargai saat di jalanraya
Anda mampu mengubahnya.

1 comment:

  1. Pengerusi MKJR Kedah ialah yb tan chow kang, exco pengangkutan. Dan saya sebagai timbalan pengerusi.
    Kadar kematian 2011 dpt dikurangkan 20 berbanding 2010, dan 6 bulan pertama 2012 juga sedang berkurang.

    ReplyDelete