Walaupun beberapa pandangan teknikal diutarakan, nampak k'jaan Msia di bawah bn tetap mahu meneruskan pelaksanaan sistem AES yg akan menelan belanja ratusan juga ringgit pula.
Khabarnya bermula 12 Ogos, akan dipasang 560 kamera di 'black spot' Dan 265 kamera di lampu isyarat. Sistem ini akan merakamkan pelanggaran undang2 lalulintas Dan keluarkan saman kpd pemilik kenderaan. Kita difahamkan Bahawa bukan shj pemasangan kamera, malah operasi mengeluarkan saman juga diswastakan. Tentunya tujuan murni asalnya tidak menjadi prioriti.
Kerajaan bertegas utk guna AES, kononnya nak turun kadar kemalangan 40% seperti kejayaan di France. Sedangkan situasi kemalangan dan pecahan pengguna jalanraya berbeza antara Msia dan France. Sebab itu kita kata, bila menteri galak sangat nak pasang, kita cabar, jika projek yg bakal cecah billion ringgit ini tidak mampu turunkan kadar kemalangan sekurang2nya 20%, RAKYAT desak menteri letak jawatan utk terima t/jawab.
Kadar kemalangan jelas mampu dikurangkan dgn operasi ops sikap, iaitu kehadiran agensi penguatkuasaan secara fizikal. Sebab itu, ketika musim perayaan, walau kenderaan bergerak 3x ganda, namun jumlah kemalangan jalanraya dan kematian kekal pada jumlah hari2 biasa. Lebih2 lagi 60% dari sekitar 6000 kematian setahun adalah penunggang dan pembonceng motorsikal.
Di kedah, melalui kempen bersepadu agensi spt jkjr, jpj, trafik pdrm, spad, dan sebagainya, yg dikordinasi oleh MKJR (Majlis Keselamatan Jalanraya), telah mampu menurunkan kadar maut melalui kecelakaan jalanraya, mampu dikurangkan sekitar 20 nyawa setahun.
Bersama hargai saat di jalanraya
Anda mampu mengubahnya.
Ir. Zamri Yusuf holds Bachelor of Science Civil Engineering, Marquette University, United States. An engineer by profession. Started his career as a technical engineer with several public companies. He then left the corporate field to be actively involved in politics and was appointed as Senator in Dewan Negara.
Tuesday, 31 July 2012
Monday, 30 July 2012
Dasar Perumahan Kedah : perlu pandangan umum
Ura-ura akan diperkenalkan dasar perumahan yg bakal memberi penakrifan kpd potensi pembeli perlu diteliti dan diberi perhatian.
Andainya pemilikan rumah terbuka kpd warga Kedah, dan mereka yg bersangkutan dgn kedah, maka penakrifan warga perlu diteliti.
Saya tertarik dgn cadangan agar pemilikan dibenar pada, *yg bekerja di Kedah, *menetap di Kedah, dan *mempunyai kepentingan di Kedah. Definisi kepentingan mesti diberi ruang secukupnya, agar tidak diambil kesempatan oleh anasir yg kurang senang dgn kemajuan Kedah lanie, utk menyusahkan rakyat.
Saya harap pemimpin yg terlibat langsung dgn perumahan, serta agensi yg berkaitan perlu teliti, agar dasar yg dibuat akan mampu menambah baik, dan bukannya mengeruhkan keadaan KEDAH SEJAHTERA.

Sunday, 29 July 2012
Perkembangan Positif Dari London
Olimpik London kali ini mengukir pelbagai peristiwa, ada yg manis dan tak kurang yg mengecewakan.
Yg mengecewakan bermula dgn perarakan atlit Malaysia, dilabelkan sbg kontinjen yg berpakaian paling tidak sesuai. Diikuti dgn kekecewaan dalam beberapa acara peringkat awal. Namun kita sedang menanti keputusan yg lebih baik dlm masa beberapa hari berikutnya.
Yg sangat menarik perhatian pada Olimpik ini, adalah penonjolan syiar Islam pada atlit dari seluruh dunia yg mengambil bahagian, sehinggakan Malaysia juga turut membincangkan soal samada mahu atlit muslim kita berpuasa atau tidak. Yg kita belum dengar pemimpin negara dan pegawai bercakap tentang solat.
Berbanding atlit negara lain telah praktik di Olimpik London ini,
Mereka juga telah menunjukkan contoh berpakaian sukan,
Samada dalam acara indoor mahupun outdoor, semuanya boleh, asalkan ada kemahuan
Kemahuan untuk melakukan sesuatu kebaikan jauh lebih penting dari sekadar berforum sahaja.
"Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk berpegang teguh dgn ajaranMu"...amin.

Saturday, 28 July 2012
Logo Kemerdekaan ke 55
Logo Kemerdekaan ke 55 Malaysia telah menjadi buah mulut semua Rakyat, ekoran kesombongan pimpinan negara yg diterajui UMNO/BN. Mereka sedang mentadbir negara dgn mengambil sikap bahawa hanya mereka yg serba tahu untuk menentukan apa yg perlu untuk negara.
Sebab itu. bila hampir kepada hari ulangtahun kemerdekaan negara, mereka menciplak moto pilihanraya UMNO menjadi logo hari kebangsaan.
Hampir semua lapisan masyarakat menyatakan sikap tidak berpuas hati, kerana UMNO seharusnya tahu membezakan diantara kepentingan UMNO dan hak milik Rakyat.
Bagi yg mengikuti perkembangan dari dekat, sejak 1 setengah dekad yg lalu, jelas melihat UMNO menggunakan kedudukan dlm kerajaan untuk kepentingan pimpinan utama negara, seperti dalam kes salah laku dan penganugerahan projek LRT Ampang, NFC, Pembelian Jet Sukhoi, Pembelian Kapal Selam Scorpene, dan sebagainya.
Nampaknya PM istiqamah dgn sikap 'no decision' dalam sebarang isu, termasuk isu logo hari kebangsaan. Akhirnya Rais yg berkeras pada awalnya, menukar logo dari Janji Ditepati kepada 1Malaysia.
Sebenarnya pemilihan logo Hari Kebangsaan Ke 55, melambangkan keadaan sebenar dalaman UMNO, iaitu mereka ketandusan idea untuk menjalankan urus-tadbir yg baik keatas Malaysia.
Yang jelas, mereka langsung tidak memahami isi hati Rakyat, yg mahu hari kebangsaan dirayakan sebagai detik penting, sukatan kemajuan, langkah kebanggaan, negara menuju masa depan yg lebih cemerlang.
Sikap PM, dan pimpinan negara yg diterajui UMNO dalam kes ini, menjadikan alasan lebih kuat kepada Rakyat seluruh warga Malaysia, untuk beralih, meletakkan Harapan kepada Pakatan Rakyat menerajui Malaysia menuju sinar yang lebih indah. SELAMATKAN MALAYSIA.

Friday, 27 July 2012
Hidup Lebih Sejahtera Dgn Mengingati Mati
Sepanjang Ramadhan Mubarak ini, beberapa sahabat yg dikenali, saudara mara,
dan jiran masyarakat, telah kembali ke Rahmatullah.
Kita doakan semoga Roh-roh mereka ditempatkan disisi hambaNya yg soleh.
Seterusnya diberatkan timbangan amal, lebih-lebih lagi kematian di bulan barakah.
Kepada kita yg masih diberikan kesempatan utk menikmati habuan di dunia,
Ingatkan akan akhir kepada sebuah kehidupan yg singkat di bumi yg sementara ini.
Diantara amal yg paling ringan utk dilaksanakan, tetapi berat terasa oleh hati adalah SEDEQAH.
Nilai RM50 berbeza ikut suasana. Ketika pi membeli-belah, RM50 terasa sangat sedikit, TETAPI ketika nak INFAQ, terketar tangan nak lepaskannya.
Begitu sifat makhluk 2 muka (duit), yg kerap menipu, mengeliru, dan merosakkan.
Sebab itu, andai ada manusia yg bersifat 2 muka, depan Melayu cakap pasal bela melayu, depan cina menakutkan cina pada melayu, depan rakyat sebut janji, belakang rakyat sapu berbillion, maka...

Thursday, 26 July 2012
Hari Baik, Bulan Baik
Hari Baik Bulan Baik
Sebagai ummat Pilihan, sedang berada dibulan barakah,
Sedang dalam fasa Rahmah Ramadhan
Dan hari penghulu hari....
Justeru, upgrade amal
Re set niat
Upload ilmu pengetahuan
Top up komitmen
SHARE KEBAIKAN
LIKE SILATURRAHIM
DOA KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA
Wednesday, 25 July 2012
Tokoh Semasa Kebanggaan Malaysia
Ketokohan 2 peribadi ini, menepati ciri Insan sejati. Mereka telah dan sedang meniti kehidupan ini, dengan memanfaatkan sebaiknya jambatan dunia untuk akhirat.
Reformasi dan perubahan yg sedang berlaku di Tanahair, sejak 80an, 90an, alaf baru ini, berkisar dari keputusan yg dicernakan oleh 2 tokoh ini.
Perwatakan umum kelihatan berbeza, tetapi fokus perubahan dalam fasa transisi ini, pada hakikat tiada perbezaan antara keduanya.

Sedeqah Sementara ADA
Sementara kita ADA : ada harta dan berada di atas muka bumi sebagai INSAN,
ambil kesempatan utk melaksanakan ibadat sedeqah sebanyak mungkin sehingga kita merasa berat utk melakukannya. Sekiranya RM10 masih terasa mudah, cuba RM50. dan terus mencuba sehingga terasa berat, barulah ianya sesuai dgn keberADAan anda di bulan Ramadhan ini.
Bagi yg masih mencari ruang dan tempat utk menunaikan ibadat sedeqah sepanjang Ramadhan ini, Keadilan Padang Terap sedia menjadi perantaraan anda utk menyampaikan kepada golongan-golongan yg kekurangan dari aspek ekonomi, khususnya untuk menggembirakan mereka di bulan Ramadhan yg penuh berkat ini. Lebih-lebih lagi dgn sumbangan anda, membantu mereka keluar dari kebuntuan untuk meraikan Syawal, bakal membolehkan mereka menikmati setiap detik Ramadhan tanpa buntu memikirkan hal pakaian dan makanan anak-anak mereka menjelang Syawal.
Sedeqah merupakan ibadah yg pertama ingin dilakukan oleh hamba-hamba yg menyesal ketika diakhirat, serta berazam utk bersedeqah seandai diberi peluang utk kembali ke dunia.
"Ya Allah, permudahkan kami utk mengeluarkan sebahagian dari kurniaan yg kami terima utk mereka yg memerlukan"...amin

Monday, 23 July 2012
Usah Lupa Pada Yang Asas
Bila menikmati sajian yg enak lagi sedap ketika berbuka (iftar), jangan lupa kepada bahan asas yg menjadikan setiap makanan kita begitu menyelerakan.
Peranan bahan ini mungkin nampak mudah, malah ada generasi yg mungkin tak kenal kepada bahan asas ini. Namun, ia merupakan asas kepada resipi yg disajikan dari dapur rumah hingga ke Cafe Hotel.
Justeru, dalam kehidupan, jangan lupa peranan yg dimainkan oleh semua kelompok masyarakat. Seperti penoreh getah yg menyumbang kepada pengeluaran komoditi negara sehingga Malaysia muncul sbg pengeluar getah terBESAR di dunia.

Sunday, 22 July 2012
Kedah Sejahtera selepas 2008
Pembangkang di Kedah, bn, re cycle isu utk tutup kelemahan zaman sebelum 2008.
1. BN tolak tuntutan masyarakat madani BERSIH, kerana mahu manipulasi perjalanan pilihanraya.
2. Ungkit isu pusat sembelih babi dan memorial park, kerana cemburu melihat keharmonian warga Kedah Melayu, Cina, India, dan Siam. Boleh merayakan peringkat negeri aidilfitri, chinese new year, deepavali, dan songkran, sejak 2008.
3. Riuh hal surau salihiah, kerana menutup malu disebabkn kerajaan negeri sekarang membangunkan semula Aman Central, yg telah 29 tahun terbengkalai.
Perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tiada garis penamat, therefore, enjoy your journey.
Tribulasi dan cabaran tidak pernah berhenti, lebih-lebih lagi bila perjuangan menunjukkan sinar utk mengatasi kebathilan.
Justeru, reformis harus sentiasa upgrade kesabaran, top-up usaha dan ikhtiar, download kreativiti, re-set niat dan komitmen, seterusnya berserah pada kekuasaan Allah Maha Menguasai sekelian alam.
Tuesday, 17 July 2012
Tetamu Ter Istimewa akan datang berkunjung dalam masa terdekat.
Apa persediaan yg biasa kita lakukan bila dapat berita kunjungan tetamu istimewa?
tentunya dibuat persiapan rapi di rumah, disediakan bekalan sebaiknya dan secukupnya dalam peti ais, tentunya di 'adjust' sedikit penampilan ruang tamu dan dapur se sesuai mungkin.
Sekarang. tetamu Ter Istimewa kita, bernama RAMADHAN KARIM dalam perjalanan, akan sampai dalam masa terdekat. Ayuh bersama kita siapkan segala persiapan, kerana kita mahu, kedatangan yang membawa Rahmat, Magfirah, dan pelepasan dari api neraka dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Ya Allah, sampaikan kami pada Ramadhan
"ballighna Ramadhan"....amin.
Saturday, 14 July 2012
Ops 2 hari Oleh Dewan pemuda pas kedah di Langkawi, disusuli dgn jelajah MERDEKA RAKYAT Oleh Keadilan kedah di 7 lokasi utama sekitar Langkawi, kelmarin 13 july, benar mengejutkn umno, bila lihat respon rakyat kpd pakatan rakyat. Sebab itu depa upah beberapa kerat upahan utk buat kacau konvoi ds Anwar, dan juga semasa ceramah merdeka rakyat di dataran pekan kuah. Angin perubahan sejak 1999, dan mula meniup kencang pada kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)