Keluasan 9,426 Km2 (3% dari Malaysia 329,758 Km2)
2008 2009 2010 2011
Jalan Negeri (Km) 3,921 4,528 4,824 6,316
Jalan Persekutuan 957 957 1,006 1,102
Bekalan Air (juta Gelen) 92.9 93.2 95.6 99.6
Pengguna Elektrik (ribu) 548 566 593 617
Bilangan Menara TELCO mengikut daerah
Yan 10 Sg. Petani 205 Sik 13
Pendang 42 Pdg Terap 9 Baling 17
Bdr Baharu 19 Kota Setar 198 Kbg Pasu 100
Kulim 115 Kulim Hi-Tech 11 Langkawi 90 <829>
Jenis Tanaman di Negeri Kedah 2011
Padi 24,247 HA
Getah 23,076 HA
Kelapa Sawit 20,534 HA
Tebu 25.3 HA
Buah-buahan 21,512 HA
Kelapa 1,711 HA
Sayur-sayuran 1,442 HA
Lain-lain 203 HA
Pelaburan Asing (RM) bagi 2011
1. Pulau Pinang 7,145,6145
2. Kedah 5,995,746
3. N Sembilan 4,334,302
4. Selangor 4,236,263
Ir. Zamri Yusuf holds Bachelor of Science Civil Engineering, Marquette University, United States. An engineer by profession. Started his career as a technical engineer with several public companies. He then left the corporate field to be actively involved in politics and was appointed as Senator in Dewan Negara.
Sunday, 13 January 2013
Saturday, 12 January 2013
HKR #KL112 Cipta Sejarah
Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Merdeka, pada Januari 12, 2013 telah mencipta sejarah tersendiri, berikutan kejayaan Rakyat menunjukkan kematangan berpolitik serta memikul pertanggungjawaban dalam membina dan membangunkan negara.
Himpunan ini bukan sahaja berjaya kerana menghimpunkan sekitar setengah juta Rakyat, bahkan ianya terserlah kejayaan kerana dihadiri oleh pelbagai kelompok dalam Malaysia berdasarkan perjuangan kearah Malaysia yang lebih baik. Ianya menghimpunkan Gerakan Mansuhkan ISA, MTUC, MAMA Bersih, Mahasiswa, JERIT, Tuntutan ROYALTI, Anti LYNAS, Pilihanraya BERSIH, Hak Penerokan FELDA, Orang ASAL, Hak OKU, Bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak, dan Pendokong Pelbagai Prinsip ASAS dalam menggerakkan negara.
Suara Rakyat dari pelbagai juzuk masyarakat telah disampaikan, dan didengari oleh Pemimpin PAKATAN RAKYAT, malah disambut dengan janji untuk membela kepentingan semua suara rakyat dengan moto, SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.
Jelas himpunan Rakyat ini mendokong segala prinsip rukunegara, serta ternampak dengan jelas sikap cintakan tanahair. Perhimpunan dimulai dan berakhir dengan lagu negaraku, serta semua yang terlibat mengeluarkan sumbangan untuk membiayai kos penganjuran. Dimana kos terbesar adalah sewa stadium merdeka. Disamping itu, semua yang terlibat juga memastikan keadaan stadium dan sekitarnya kekal bersih selepas program.
Nyata,
HKR #KL112,
menterjemahkan kesediaan Rakyat untuk membuat perubahan,
dan memilih 2013 sebagai tahun PERUBAHAN,
serta menggalaskan HARAPAN kepada PAKATAN RAKYAT,
khususnya Saudara ANWAR IBRAHIM.
Tuesday, 1 January 2013
2013 Tahun PERUBAHAN
2013 diharapkan bakal menjelma sebagai tahun PERUBAHAN. Bukan sekadar Transformasi, bahkan REFORMASI.
Transformasi hanyalah perubahan sementara perlu sahaja, atau boleh juga dikenali sebagai perubahan pura-pura atau lakonan. Ianya akan kembali ke bentuk asal seperti sediakala apabila telah capai misinya, sepertimana TRANSFORMER kartun mahupun filem.
REFORMASI yang dibawa oleh Permuafakatan RAKYAT (lebih merangkumi semua lapisan masyarakat Malaysia berparti dan tidak berparti), menjanjikan PERUBAHAN kearah KEBAIKAN dan KEADILAN dan akan diusahakan secara berterusan.
Kenangan 2012, samada yang telah berlalu mahupun beberapa isu yang masih bergantungan sehingga memasuki tahun 2013, diharapkan menjadi iktibar kepada semua bahawa, perkara yang menyusahkan Rakyat, akan ditolak oleh RAKYAT.
Diantara beberapa ISU 2012 :
AES ; sistem yg dipaksakan kepada RAKYAT. Dijalankan secara tidak telus melalui penswastaan. Perlaksanaannya disokong oleh SEMUA MP BN, dan ditentang oleh SEMUA MP Pakatan Rakyat. Melalui 14 unit yg dipasang di Perak, Selangor, dan WP telah mengeluarkan 264 ribu saman. Alhamdulillah kini, ditangguhkan oleh MAHKAMAH atas alasan yg hanya diketahui oleh mereka yg terlibat.
KEMATANGAN POLITIK DUNIA ; beberapa negara yg dahulunya dibawah cengkaman regim yg menindas Rakyat telah mengorak langkah jauh lebih ke depan dalam melaksanakan demokrasi lebih dari Malaysia. Negara seperti Indonesia telah mengiktiraf pilihan Rakyat secara terbuka, sehingga tidak lagi kepimpinan bertukar ditangan keluarga ELIT semata-mata. kelahiran TOKOH dari kalangan Rakyat, seperti Bpk JOKO WIDODO @ JOKOWI adalah simbol kepada pemerintahan dari RAKYAT untuk RAKYAT.
PALESTIN ; Gaza dibedil oleh ISRAEL sempena sambutan tahun baru hijrah 1434, mengakibatkan kemusnahan dan kematian yg tidak diterima oleh pemikiran rasional. Seluruh dunian bangkit menyatakan bantahan, membawa kepada sokongan majoriti besar kepada keujudan negara Palestin di PBB pada Disember 2012.
MANSUH ISA ; walaupun ianya telah dimasuhkan lebih setahun yg lalu, namun KDN masih menahan mereka tanpa tahu bila akan dibebaskan. Malah ada yg telah menang kes Mahkamah, dimana Kerajaan diminta membayar ganti rugi kezaliman keatas mangsa ISA dengan nilaian RM 15 ribu sehari.
PRU13 ; tanda-tanda menunjukkan bahawa ramalan awal saya yg mengatakan bahawa PRU13 hanya akan diadakan pada JUN 2013, semakin menjadi realiti. Januari 2013 benar-benar musim hujan dan banjir sebahagian besar pantai timur. Februari akan diraikan Chinese New Year.
PTPTN ; terbongkar urusan kewangan tabung PTPTN. Rupa-rupanya terdapat pihak yg menangguk di air keroh dgn sistem pengurusan yg bertukar-ganti.
LYNAS ; dibantah oleh sebahagian besar Rakyat. Namun kerajaan BN tetap meneruskan loji yg dikhuatiri boleh meninggalkan sisa RADIOAKTIF, dengan memberikan pengecualian cukai selama 20 tahun.
SCANDAL SCORPENE ; skandal yg brmula di Malaysia, Hong Komg, dan Paris. Kini siasatan teliti sedang berjalan di Perancis.
KENAIKAN HARGA GULA ; ianya dilihat kecil oleh regim pemerintah, tetapi kesan langsung kepada masyarakat menjadi parah.
FILEM YG HINA NABI ; umum membantah kejahilan penerbit yg tidak memahami sensitiviti ummat dgn penghinaan tersebut.
HUTANG NEGARA ; jumlah terhutang dilihat meningkat pada kadar yg tidak munasabah. Ianya berlaku seolah-olah tanpa rasa tanggungjawab untuk membayar. Malah ianya berada kadar risiko yang paling tinggin dalam sejarah Malaysia.
FGV ; penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, tanpa sistem perlaksanaan yang betul, mengakibatkan penyaniayaan keatas masyarakat peneroka. Mereka hanya diberi peluang membeli 800 unit sahaja.
Kenangan pahit ini ingin ditinggalkan, dan mengorak langkah ke alam baru 2013, agar Malaysia diterajui PERUBAHANnya oleh Rakyat sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)